Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Semuanya Dah Basi

Hai. Maaf sekiranya buat sementara ni semua entry aku adalah berunsur past tense. Hahaha. Sebab semua happy-happy time adalah terjadi pada zaman dahulu kala.

Aku buat blog untuk aku abadikan memori aku. Kot-kot la tua-tua nanti dah tak boleh nak recall cerita masa muda-mudi, jadi aku boleh suruh anak-anak aku bukak dan baca blog gedik-gedik mama dorang ni kan.

Bukan senang nak berblogging oi. Aku nak isi masa lapang je. Dan nak simpan memori aku kat sini. Ala-ala diari gitu.

Mama andika ni memang macam ni. Jadi bertabahlah.


Friday, May 2, 2014

New Chapter

Assalamualaikum. Hai.

Aku sekarang ni dok teragak2 nak aktif semula dalam blogging. Asyik dok blog walking dan jadi silent reader. Kadang-kadang aku rasa macam eh buang masa pulak dok asyik baca blog-blog fofuler. So aku nak pelan-pelan start berblogging balik. 

Apa temanya? Bercampur-campur la mak jemah. Sukati ai oll la nak story pasal apa pun kan. Skema pun takmau jugak. Last time aku berblog macam hampeh. Macam nak delete every single entry yang penah aku buat. Ceh rasa macam budak-budak wei! Tak boleh terima dek akal! Padahal aku sendiri yang tulis entry tersebut. Kemerapuan apakah yang dah merasuk dalam diri aku ni? Sindrom mak-mak ke?

Eh. Apa address blog aku yang dulu? Tak usahla dikhabarkan. Dah totally takde sape nak baca blog aku pun kan. 

Next entry aku cuba perkenalkan diri aku? Eh?