Tuesday, May 6, 2014

Semuanya Dah Basi

Hai. Maaf sekiranya buat sementara ni semua entry aku adalah berunsur past tense. Hahaha. Sebab semua happy-happy time adalah terjadi pada zaman dahulu kala.

Aku buat blog untuk aku abadikan memori aku. Kot-kot la tua-tua nanti dah tak boleh nak recall cerita masa muda-mudi, jadi aku boleh suruh anak-anak aku bukak dan baca blog gedik-gedik mama dorang ni kan.

Bukan senang nak berblogging oi. Aku nak isi masa lapang je. Dan nak simpan memori aku kat sini. Ala-ala diari gitu.

Mama andika ni memang macam ni. Jadi bertabahlah.


Friday, May 2, 2014

Nak Kenal Ke?

Assalamualaikum. Hai.

Agak-agak kalau aku cerita and introduce pasal diri aku, ada orang kisah tak. Oh. Mungkin tidak. Kalau takde orang kisah, moh le aku nak cerita sikit. Sikit-sikit jelah kan.

Aku kahwin tahun 2012 lepas raya. Lama lah jugak. Bulan 8 ni masuk 2 tahun perkahwinan aku. Ada sorang anak. Bujang lagi. Umur dalam 10 bulan lebih. (*-*).

 Haaa kauuu.. Gile golap muko den. Eh bukan kau memang gelap ke Yana. Oh by the way nama i Liyana. (hai olls). U oll boleh panggil i Yana. Cik Yana. Eh. Mama Yana. Apa2 pun boleh. Masa ni baru lepas balik dari kursus kawin. Eh kenapa malam? Sobab eh aku jalan-jalau kat Melakau dengan bakal family mentua (masa tu laa). La ni takde nak bakal-bakal dah. Anak dah bujang dah. Eh.

Ni lopeh aku kahwin. Ntah bila ntah. Yang pasti aku masih kurus ketika ini. Dan pastinya suami ahkak pun masih kategori sederhana. Sekarang? Nan hado la sederhananya. T_____T.

Terpeleot ke kaki awak tu papa? Masih kategori sederhana? o___o

Masa ni aku dok tengah pregnantkan anak bujang aku. Dah 6 bulan rasanya anak aku dalam poghutt tu. Suami? Semakin membesar. Seiring dengan tumbesaran si isteri. Kan ke namanya suami isteri. Harus support sesama sendiri.


Muka aku makin kembang la oihh. T____T. Aku takmau cerita semasa aku tengah pregnant. Of cos la aku serabai nau. Gile ko! Aku memang selekeh time aku pregnant. Gemok pun ye!
 Main layang-layang kekdahnya. See!! Selekeh kan. Dengan hitamnya. Dengan takde baju maternitynya. Dengan eh. Suami pun pregnant? Pengsan!.

Ni anak bujang aku. Umur 10 bulan lebih sikit. Ala-ala nak masuk 11 bulan. Baju tu besar gelebeh? Memang pun. Baju tu untuk umur 4 Tahun ok! Seluar pun 4 Tahun. Love2 gitu. Feeling mat bunga sangat la anak oi. 

Cerita-cerita lain kendian lah ye. Dada didi dudu

New Chapter

Assalamualaikum. Hai.

Aku sekarang ni dok teragak2 nak aktif semula dalam blogging. Asyik dok blog walking dan jadi silent reader. Kadang-kadang aku rasa macam eh buang masa pulak dok asyik baca blog-blog fofuler. So aku nak pelan-pelan start berblogging balik. 

Apa temanya? Bercampur-campur la mak jemah. Sukati ai oll la nak story pasal apa pun kan. Skema pun takmau jugak. Last time aku berblog macam hampeh. Macam nak delete every single entry yang penah aku buat. Ceh rasa macam budak-budak wei! Tak boleh terima dek akal! Padahal aku sendiri yang tulis entry tersebut. Kemerapuan apakah yang dah merasuk dalam diri aku ni? Sindrom mak-mak ke?

Eh. Apa address blog aku yang dulu? Tak usahla dikhabarkan. Dah totally takde sape nak baca blog aku pun kan. 

Next entry aku cuba perkenalkan diri aku? Eh?